Breakfast, lunch, hi-tea, dinner, supper & barbeque for meeting, PR events, seminar, training, exhibition, sport events, product launching, housewarming, birthday, special gathering, doa selamat / tahlil, akikah, engagement, wedding, party & breaking fast. Including pack food delivery, catering tools leasing & canopy services. We cater for 100 pax onwards with reasonable price. (Call NOW!: 016-220 6876)

Sajian hi-tea untuk minum petang atau jamuan mudah


Dua lokasi berbeza servis Lusiana Catering di musim Hari Raya Aidilfitri 2013. Berbentuk sajian hi-tea dengan banyak pilihan menu. Pesanan minima 100 pax.

Ini cerita lain pula, walaupun ada kaitannya. Alhamdulillah. Mendapat mesej dari tiga orang sahabat pembaca, nyatakan buku ini (kiri) selamat tiba di pangkuan masing-masing. Paling teruja ialah dari rakan almarhum ayahanda, Pak Cik Abdul Aziz bin Awang, seorang Champion yang namanya saya tintakan dalam buku Berfikir Gaya Champion. Peneroka Felda yang wawasannya tinggi.

Buku ini tidak dicetak lagi. Andai masih ada sahabat yang mahu, mohon mesej peribadi (PM) saya. Insya-Allah, saya cuba carikan.

Andai ada sahabat yang berkunjung ke Sungai Tekam Resort, Jerantut, silalah mampir sama ke Felda Kota Gelanggi 1, sebuah kampung yang menyimpan banyak nostalgia. Ada kesempatan, sila hubungi Tuan Abdul Aziz bin Awang. Insya-Allah, beliau ada banyak cerita yang mahu dikongsi.

Berukhuwah demi redha Allah semata-mata. Di sana juga terdapat Gua Kota Gelanggi yang menyimpan banyak rahsia, termasuk antara komuniti manusia terawal di Tanah Melayu.

No comments:

Cerita terkini