Jumlah minimum pesanan ialah 40 pax (kepala) dan maksimum 500 pax. Kami membuka tempahan untuk kawasan Mantin, Seremban, Senawang, Nilai, Pajam, dan kawasan berhampiran bagi Negeri Sembilan. Manakala Selangor akan merangkumi Beranang, Semenyih, Dengkil, Kajang, Cheras, dan kawasan sekitar. SUMAYYA FOODS & CATERING (sebelumnya dikenali sebagai Lusiana Catering). Tel/WhatApps:016-220 6876

Nostalgia Program Apresiasi Novelis, Julai 2007

Terima kasih kepada kelab peminat Alaf 21 (Alaf21 FC) kerana menjemput kami meriahkan majlis Program Apresiasi Novelis (PAsiNo) Ramlee Awang Murshid pada 28 Julai 2007. Di bawah ialah komen dari presiden Alaf21 FC.
“Saudara Hizam, adalah seorang pembaca, peminat dan pengulas novel. Beliau juga mengusahakan katering. PAsiNo pada kali ini menjemput Lusiana Catering untuk menyajikan makanan kepada tetamu yang hadir. Alhamdulillah sajian yang begitu menyelerakan dan mendapat pujian dari tetamu yang hadir. Saudara Hizam lebih dikenali sebagai Web Sutera."
Program PAsiNo Ramlee Awang Murshid yang julung-julung kali diadakan oleh Alaf21 FC pada 28 Julai di Rumah PENA sungguh bermakna kepada saya. Ini bukan sahaja kerana saya menyediakan perkhidmatan katering, malah dari awal lagi saya memang menunggu untuk berjumpa dan berbual-bual dengan Tuan Remlee Awang Murshid, salah seorang novelis kegemaran saya.

Foto: Paling belakang, tiga dari kiri ialah Pengarah Urusan Alaf 21 dan di sebelah kanannya ialah novelis Ramlee Awang Murshid.

No comments:

SUMAYYA FOODS & CATERING.